UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | Mengenai PKKM

LATAR BELAKANG PKKM

PUSAT KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU

 

 
Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM) Universiti Malaya ditubuhkan pada 13 Februari 2012,atas inisiatif Ybhg. Tan Sri Profesor Dr Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya untuk menjalankan kajian secara mendalam tentang pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu pada masa kini.
 
 
 
 
 
Walaupun pada hakikatnya masyarakat Melayu telah berjaya dalam hampir semua bidang, khususnya dalambidang pendidikan, dan ekonomi, tetapi laporan-laporan yang ada menunjukkan bahawa tahap pencapaian mereka masih rendah. PKKM akan menjalankan penyelidikan bagi mencari punca sebenar kepada masalah pembangunan yang dihadapi oleh orang Melayu. Hanya dengan merujuk kepada dapatan kajian terhadap masalah-masalah pembangunan berkenaan barulah dapat dicadangkan langkah-langkah praktis ke arah penyelesaianya
 
 
     
 
Bagi menggerak serta melaksanakan projek penyelidikan dan aktiviti lain yang berkaitan, sebuah  Panel Penasihat ditubuhkan oleh Naib Canselor dengan keanggotaan terdiri daripada tokoh akademik dan tokoh korporat. Bidang tugas Panel Penasihat berkenaan adalah menasihati dan mencadangkan bidang penyelidikan yang boleh dilakukan oleh PKKM serta strategi penyelidikan yang boleh digunakan. PKKM juga mewujudkan hubungan kerjasama dengan institusi dan pertubuhan kerajaan dan bukan-kerajaan yang mempunyai kepentingan penyelidikan dan aktiviti yang sama seperti dijalankan oleh PKKM
 
 
 
 
     
  MATLAMAT UTAMA  
     
  Antara objektif utama Penubuhan PKKM adalah seperti berikut:  
     
 
  • Mengenal pasti program pembangunan dan pemodenan dalam pelbagai bidang;
 
 
  • Mengkaji tahap penglibatan dan pencapaian masyarakat Melayu dalam setiap program pembangunan yang dilancarkan;
 
 
  • Mengkaji masalah, kekangan dan hambatan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dalam usaha mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang;
 
 
  • Mencadangkan penyelesaian praktis terhadap pelbagai masalah pembangunan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu; dan
 
 
  • Menerbitkan penemuan dan hasil kajian untuk tindakan pihak-pihak yang berwajib.
 
     
 
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my