UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | Penyelidikan

Pengenalan

PENYELIDIKAN

 

 
Objektif utama penubuhan Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM) adalah untuk mengkaji masalah dan isu utama yang dihadapi oleh masyarakat Melayu kontemporari serta mencadangkan langkah-langkah praktis bagi menangani serta menyelesaikan masalah dan isu-isu berkenaan. Penyelidikan yang dijalankan oleh PKKM kebanyakannya bersifat “problem-based” menjurus kepada pencapaian objektif utama penubuhannya seperti dinyatakan di atas. Ini berbeza dengan penyelidikan yang dilakukan oleh institusi pengajian Melayu lain yang pada umumnya menjalankan penyelidikan ke arah pemantapan ilmu dan pengetahuan bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran dalam bidang Pengajian Melayu.
 
     
  PERANCANGAN AKTIVITI PENYELIDIKAN PKKM  
     
 
PKKM membuat perancangan bagi menjalankan aktiviti penyelidikan seperti berikut:
 
     
 
  • Menyemak daftar penyelidikan Universiti Malaya dari semua fakulti dan pusat dan mengenal pasti topik penyelidikan yang berkaitan dan yang relevan dengan penyelidikan yang akan dijalankan oleh PKKM;
 
 
  • Menghubungi penyelidik yang terlibat bagi mendapat maklumat lanjut tentang penyelidikan yang telah dilakukan, atau meminta mereka membuat kajian lanjutan atau “revisit” terhadap kajian lalu tersebut;
 
 
  • Mengenal pasti topik penyelidikan baru yang belum dikaji dalam bidang utama termasuk ekonomi, pendidikan, agama, politik, seni, perubatan, kekeluargaan dan lain-lain dengan tumpuan ke atas isu dan masalah yang menghambat kemajuan masyarakat Melayu;
 
 
  • Menyemak daftar penyelidikan dan kajian yang dijalankan oleh pelajar Ijazah Tinggi di Universiti Malaya dan di IPTA lain bagi tujuan kerjasama dan kolaborasi penyelidikan.
 
     
  KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI PENYELIDIKAN  
     
 
Pelaksanaan aktiviti penyelidikan oleh PKKM adalah seperti berikut:
 
     
 
  • Mengenal pasti dan melantik tenaga pakar (individu atau kumpulan) dari dalam dan luar Universiti Malaya untuk menjalankan penyelidikan tentang topik yang diputuskan oleh PKKM;
 
 
  • Mengadakan perbincangan lanjut dengan penyelidik atau kumpulan penyelidik dengan bantuan khidmat nasihat daripada pakar-pakar bidang yang dijemput oleh PKKM dari semasa ke semasa;
 
 
  • Dengan kelulusan Naib Canselor dan pihak pengurusan tertinggi Universiti Malaya, melantik Fellow Penyelidik Kanan, Felow Penyelidik, dan Ikon Akademik dari kalangan sarjana pakar di dalam dan di luar negara bagi menjalankan penyelidikan khusus dalam bidang kepakaran masing-masing (tetapi fokusnya adalah ke atas kajian ke arah kecemerlangan masyarakat Melayu).
 
 
  • Melantik Pembantu Penyelidik untuk projek penyelidikan jangka pendik dan jangka panjang yang diluluskan oleh PKKM;
 
 
 
 
     
 
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my