UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | Penyelidikan | Kebijaksanaan Pribumi

Kebijaksanaan/ Pengetahuan Pribumi/Teknologi & Ciptaan


 

Pengetahuan /kebijaksanaan peribumi orang Melayu dalam bahasa yang paling mudah, lazimnya dipanggil sebagai “ilmu dahulu kala”, “cerita orang tua-tua”, “petua zaman silam”, ataupun “kepustakaan tradisional” (Muhammad Haji Salleh, 2011), merupakan epistemologi orang Melayu yang dibentuk bersandarkan kepada pengalaman dan kepercayaan (Harun Mat Piah, 2005). Kajian mengenai pengetahuan peribumi yang dijalankan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM) merangkumi pelbagai bidang yang bertujuan untuk mengangkat kecemerlangan ilmu pengetahuan orang Melayu. Antara bidang-bidang tersebut adalah seperti yang berikut : Seni bela diri dan sistem pertahanan, Pemakanan, Perundangan, Permainan dan psikologi sukan, Seni muzik dan seni persembahan, Seni tekstil, Seni bina dan teknologi reka bentuk, Ilmu perubatan, Bahasa dan kesusasteraan, Manuskrip Melayu, Pedagangan dan perkapalan Melayu, dan kesemua bidang yang dirasakan dapat menonjolkan kebijaksanaan orang Melayu. Disamping itu turut dikaji mengenai teknologi-teknologi dan ciptaan oleh masyarakat Melayu yang sekaligus mengangkat nilai Melayu itu sendiri.

 
     
BIL TAJUK/TEMPOH PENYELIDIK
1)

Tumbuh-tumbuhan Herba dalam Budaya Melayu : Potensi Perubatan dan Komersialnya (Peringkat Pertama)

(Okt 2013- Jan 2014)

Profesor Dato’ Dr. Othman Yatim

 

     
2)

Ketahanan Melayu Melalui Sukan

(Ogos 2014 - Julai 2015)

Prof. Madya Dr. Mohd Salleh Aman
 
 
 
3)

Pelestarian Terminologi Seni Persembahan melayu (Makyung, Wayang Kulit, Dikir Barat)

(Jan 2015 - Jun 2015)

Prof. Madya Dr. Puteri Roslina
     
4)

Pemilikan Karya Seni Visual Pelukis Melayu Oleh Syarikat- syarikat Korporat di lembah Klang

(Jan 2015 -Jun 2015)

Dr. Nor Azlin Hamidon
     
5)

Faktor yang Mempengaruhi Minat Pelajar Melayu terhadap Bidang Seni Visual di Peringkat Menengah Atas

(Jan 2015 - Jun 2015)

Dr. Sabzali Musa Khan
6)

Projek Penyelidikan Biografi Tokoh/Ikon Melayu

(Okt 2016 - Okt 2017)

Profesor Madya Dr. Hashim Ismail
     
7)

Projek Penyelidikan Teknologi Melayu

(Okt 2016 - Okt 2017)

Profesor Dato' Dr. Mohd Jamil Maah
     
8)

Kajian Warisan Maritim Melayu tentang Sejarah Perkapalan & Perdagangan Maritim

(Okt 2016 - Okt 2017)

Profesor Dato' Dr. Mohd Jamil Maah

Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa

Prof. Madya Dr. Zulkanain Abd Rahman

     
9)

8. Kajian Konsep Taman Herba Melayu

(Okt 2016 - Okt 2017)

Dr. Md Azalanshah Md Syed

Profesor Dr. Halijah Ibrahim

CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my