UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | Kegiatan | Persidangan

Persidangan


PERSIDANGAN/SEMINAR/PERBINCANGAN/BENGKEL/SYARAHAN

 

Persidangan merupakan satu aktiviti tahunan yang besar di mana PKKM akan jalankan pada setiap tahun bagi mengetengahkan isu-isu yang dirasakan penting untuk meningkatkan ketahanan Melayu disamping membangunkan masyarakat Melayu sejajar dengan kepesatan pembangunan negara. Persidangan tahunan PKKM iaitu Persidangan Antarabangsa Kecemerlangan Melayu akan diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali dengan tema yang berbeza mengikut keperluan tahun semasa.

 

Pada permulaan penubuhan PKKM, Februari 2012, persidangan pertama telah dianjurkan pada 10 dan 11 Disember 2012 bertemakan “Ketahanan Melayu Menghadapi Cabaran Wawasan 2020”. Sebanyak 4 kertas utama dan 9 kertas sokongan telah dibentangkan. Penyertaan terdiri daripada perwakilan institusi akademik, badan kerajaan, badan bukan kerajaan, individu dan pelajar. Jumlah peserta yang telah hadir sepanjang dua hari persidangan adalah seramai 106 orang (termasuk pembentang kertas kerja).

 

Pada tahun berikutnya (2013), PKKM telah menerima satu pelawaan daripada badan korporat untuk mengadakan satu Persidangan Antarabangsa Kecemerlangan Melayu bertemakan “Nusantara Maritime Culture and Heritage : Their Relevance to Current Economic and Social Development of The Malays”. Persidangan ini telah diadakan pada 11-12 September 2013 anjuran bersama dengan pihak Akademi Pengajian Melayu dan Nusantara Technologies Sdn. Bhd. Hasil daripada persidangan ini, terdapat 13 kertas pembentangan yang terdiri daripada ahli akademik dalam dan luar negara.

 

Rentetan daripada itu, PKKM sekali lagi mendapat pelawaan untuk mengadakan sebuah Persidangan Antarabangsa Kebijaksanaan Melayu- Retrospek dan Prospek anjuran bersama Akademi Pengajian Melayu dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka akan diadakan pada 14-15 April 2015 dengan tema “Menelusuri Kebijaksanaan Melayu, Menakhoda Masa Hadapan”. Persidangan kali ini diharap dapat menarik peserta dan pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara dalam kalangan ahli akademik, pentadbir dan profesional pelbagai bidang, guru, pelajar, mahasiswa dan siswazah, pegawai penyelidik dalam bidang mengenai masyarakat Melayu dan individu yang berminat dengan bidang kemasyarakatan Melayu.

 

 

TAHUN 2015
 

Persidangan Kebangsaan Kecemerlangan Melayu II, 2015 "Faktor bukan Ekonomi dalam perkembangan Ekonomi Melayu"

 
 
(25-26 November 2015)
 
 
 
 
TAHUN 2014
 

Persidangan Kebangsaan Kecemerlangan Melayu " Jati Diri Melayu Dalam Era Transformasi"

 
 
(4-5 November 2014)
 
 
 
 
TAHUN 2013
 

Persidangan Antarabangsa Kecemerlangan Melayu " Nusantara Maritime Culture & Heritage"

 
 
(11-12 September 2013)
 
 
 
 
 
TAHUN 2012
 

Persidangan Antarabangsa Kecemerlangan Melayu "Ketahanan Melayu Menghadapi Cabaran Wawasan

 
 
2020" (10-11 Disember 2012)
 
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my